Mengenal Diri

Sepanjang tiga hari yang lepas aku meluangkan masa di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Bukan attend wedding, Jamuan or any exhibition. Aku temankan hubby attend satu training yang diperkenalkan oleh big boss Karangkraf, Dato’ Hj Hussamuddin Yaacob (ayahanda).Sebelum aku berkongsi cerita selanjutnya. First of all… izinkan aku menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga kepada yang Maha Esa kerana sekali lagi memberi aku ruang dan peluang untuk menghadirkan diri dalam satu majlis ilmu yang cukup bermakna untuk aku. Lebih best lagi bila training kali ini Allah izinkan suami yang tercinta, hadir bersama. Malah aku pun turut bersyukur kerana memiliki ayahanda yang cukup prihatin akan nilai-nilai emotional dan Spritual anak-anaknya (seluruh warga Karangkraf dan anak-anak syarikatnya yang lain). Syukur dengan kesempatan dan peluang yang telah aku peroleh ini. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Kalau aku bukan bekerja di Karangkraf, mungkinkah aku berpeluang menikmati peluang sebegini? Alhamdulillah....
Training yang aku attend tu memang unik. Sukar nak diluahkan dengan kata-kata untuk menggambarkan keunikannya itu. Apa yang you all boleh rasa or bayangkan bila aku katakan:
“Training tersebut ada kalanya boleh menampung sehingga 1500 peserta dalam satu sessi, dikendalikan oleh dua orang trainer, duduk di dalam ballroom yang sangat sejuk, memiliki 3 screen projector yang besar, sound system yang dipacak keliling ballroom, suasana kadang-kadang malap, kadang-kadang terang and kadang-kadang gelap.”
Susah nak aku jelaskan... but you have to attend this training kalau you all nak rasakan keunikannya.Meskipun berlangsung selama 3 hari, you all takkan rasa jemu, bosan atau jenuh. It’s really fun and interesting.
Emotional, Spiritual, Quotient (ESQ).... mengajar kita untuk membangun kejayaan menerusi kecerdasan emosi dan spiritual. Lebih Hebat lagi apabila Rukun Islam, Rukun Iman dan SATU Ihsan menjadi kunci utama sepanjang perjalanan training ini.
Selama ini kita banyak didedahkan dengan method motivasi daripada negara barat yang telah memisahkan aspek intelektual, emosional dan spritual. Method sedemikianlah yang ada kalanya boleh menyebabkan kita jadi manusia yang lalai. Cuba bayangkan apabila kita mencari kekayaan. Pencarian itu akan membawa kita jadi lupa diri sehingga menjadikan diri kita seorang yang materialistik. Ketika berusaha meraih pangkat pula, kita boleh jadi mengagungkan harga diri. Jadi di mana bahagianya? Kita lupa kepada nilai-nilai spritual yang hakikatnya mampu memberi makna yang sangat mendalam dalam kehidupan seorang manusia.
Rukun Islam, Iman dan Satu Ihsan adalah asas kepada ajaran agama Islam yang terkandung dalam Kitab Allah, Al-Quran. Selama ini aku sekadar menghafal dan kenal tentang lima rukun Islam, enam rukun Iman dan 1 Ihsan itu dengan menggunakan lidah dan mata penglihatan aku sahaja. Namun, mata hati aku buta untuk kenal dan mendalaminya. Dalam training inilah mata hatiku telah berjaya dibukakan. Aku mampu menghayatinya malah aku ingin sangat mendalaminya. Itulah nilai-nilai ESQ yang berjaya meresap dalam diri aku.
ESQ Training membawa kami (My partner and I) mengenal siapa diri kami. ESQ Training membawa kami mengenal keagungan Tuhan, Keesaan Allah (Raja langit dan bumi). Lebih syahdu lagi apabila kami mampu menghayati kisah pengorbanan para nabi seperti Ibrahim, Musa dan Muhammad SAW. Kisah-kisah manusia agung ini memang sering kami dengar sejak kami masih di darjah satu lagi. Tapi terkesankah kami setiap kali mendengar kisah-kisah pengorbanannya itu? Kami kagum dengan penyampaian para trainer yang mampu memecahkan tembok keegoan yang ada dalam diri kami. Mereka berjaya menyedarkan kami untuk kembali menyembah dan mencari cinta Allah dengan rasa penuh IKHLAS dan Kasih Sayang.
Buat pertama kalinya dalam hidup kami, berderaian air mata yang jatuh sewaktu membuat sujud syukur. Kami melahirkan rasa syukur yang teramat-amat sangat kerana kami dilahirkan sebagai salah seorang daripada jutaan umat Nabi Muhammad di muka bumi ini. Malah kami turut bersyukur kerana kami masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertaubat, kami diberi peluang untuk menghayati dan mendalami rasa cinta kami kepada-Nya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya kami dengan apa yang telah ALLAH anugerahkan ini. Allah maha besar, Maha Kaya dan Maha Agung.
Labels: ESQ WAY 165, PICC

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home