Here is my stories

Its all about me. Actually I love to dream a lot... marry the rich man and so on.I’ve been keeping secrets from my parents, from the person who shares the bed with me every night and also from my friends. I know that i am supposed to be honest but sometimes..there are few things that we should keep it to ourself..to avoid confrontation and probably to please people. So di sinilah bermulanya segala cerita tentang aku. Kalau korang nak share.... Aku tak kesah...

Wednesday, June 9, 2010

O.M.G!!!!!

By Teep.
27 March 2010
23.00


After Subuh, Ibu balik rumah. Aku pun kesian kat ibu… tak selesa kot tidur kat hospital ni. Aku pun tak selera langsung nak makan. Anytime doctor datang bagi result. My partner pulak kerja. So aku bersendirian. Rasa cam nak lari balik jer. Aku tak nak tahu tentang result tu.

9 AM: Dr. Sony sekali lagi datang. Check my voice, tekak and hidung. Dr suruh aku inhale crystal untuk heal my tekak yang mengeluarkan suara jantan tu…

10.30 AM: Dr Hamidah came to see me with the report. Sah… right now, my left lung is not in a good condition. Ada infection yang perlu dirawat… I need to do a treatment. Lebih menakutkan bila she said that she need to check my liver function before I start the treatment…. Lagi sekali!!!!

12.00 PM: Ibu datang with my sister, Poniey. They are very supportive. I’m glad and I’m proud with them. Along pun datang jugak after her working hrs. They buy me Nasi Paprik. Tapi aku takde selera langsung nak menelan makanan. Aku takut + Sedih sangat-sangat.

4.00 PM: Partner datang with gula-gula ati. Sian manja mummy nie. Mummy lama tak balik umah kan… Finally partner dapat jugak jumpa ngan Dr Hamidah. So partner and doctor berbual panjang tentang kesihatan I ni…

Sesuatu yang mengejutkan berlaku!!!! I’m OFF for Two months! The doctor gave me ‘medical leave’ for a couple of months!!!! Ok… stop panic…. Aku perlu call my big boss!

STRESS!!!!!!! STRESS!!!! STRESS!!!!!

Apa lagi nie….?

By Teep.
26 March 2010
23.00


Dr. Hamidah look so unhappy with my progress. Even aku dah amik nebulizer for 6 times between this 24 hrs, my chest still got the wheezing sound. Dan aku adalah takut sangat-sangat melihat Dr Hamidah’s expression. So dia suruh aku buat x-ray lagi because last x-ray aku buat around December last year. Tu pun sebab aku admitted gak le. But on that time, Dr Hamidah is on leave. My case refer to Dr Sanker. Tiga hari jugak la aku sangap kat Hospital. Tapi tak pe la kan… demi kebaikan… Ok, sambung balik citer tadi…

Around 11.00am aku di usher oleh nurse yang incharge ke bilik X-Ray… adalah sangat menakutkan ok. Aku kan memang dasar penakut. Dah la sorang… macam-macam rasa ada masa tu, rasa nak berak ada… nak terkencing ada… nak termuntah pun ada…. Aku sorang!!! So Scary!!!!

OK… after X-Ray… nurse tu suruh aku tunggu kat ward. After Solat Jumaat sekali lagi nurse datang and suruh aku turun ke bawah. Sekali lagi aku dapat panic attack. Kali ni aku kena gi clinic Dr ENT la pulak. Because utk check tekak aku yang kehilangan suara nie… of course la the Dr need equipments dia kan… Eee… ngeri pulak aku. Tapi apabila aku menjejaki clinic Dr Sony (nama dia senang nak ingat) hati aku agak lega sikit (tak banyak la… sikit aje). Muka dia comel comel macam Arwah Atuk aku. Sangat baik ok. Dia check anak tekak aku dengan penuh berhati-hati. Dia kata… saluran aku diselaputi dengan asid? Mungkin disebabkan oleh gastric… Hmmm… Aku pun gelak jugak bila dengar explanation tu. Tapi Dr tu sangat tenang dan ketenangannya itu meyakinkan aku yang keadaan aku, tiada yang serius. Lepas satu bala…. Alhamdulillah.

Around 4.00PM Dr Hamidah datang ke ward aku. Wajahnya sangat menakutkan. Macam ada sesuatu yang tak kena. I’m so panic! Aku tak tau nak menggambarkan macam mana perasaan aku pada masa tu. When I ask her about my X-Ray report she said everything is ok. Tapi I’m a bit curious with her expressions. Lagi aku rasa ‘sesuatu’ when she need a sputum specimen. Apakah maksudnya itu? Yang aku nie… memang dasar minah panic kan… terus tanya;

Me: Everything is ok Doctor?

Dr: Don't worry, everything is ok. Nothing to worry about. But… I'm quite unhappy with your
X-Ray report. Your left lung ada sikit mark.

Me: “Mark!???” Is it cancer? (cuak nak mampos ok. Aku memang nak nangis dah)

Dr: Nanti kita check ok. Don’t worry. Maybe kuman. Kita check dulu ok.

Kalau korang macam mana? Cuak tak? Aku memang takut nak mampos. Aku terus call ibu and partner. Mereka semua datang la ke hospital ‘dan dan’ tu jugak datang. Aku nangis la…. Mmg aku takut sesangat. Entah penyakit apa la aku dapat!!!! Kesimpulannya… di saat-saat ini I need somebody to be by my side all the time dan malam ini… ibu temankan aku kat hospital. So sweet…. Thanks Ibu… love u so much!

What?…..

By Teep.
25 March 2010
23.00


Last two days I went to my panel clinic and the doctor gave me a a few ubat yang biasa aku amik such as Prednisone, corticosteroids, ubat batuk dll…. Tetapi aku sudah tekad untuk pergi terus ke specialist hari ni jugak, I need to see Dr Hamidah at KPJ Selangor @ SMC. Lagipun Dr specialist ni will pay more attention to my condition. Aku pun dah dua kali admitted and SMC because of my asthma.

Aku masuk office sekejap pagi tadi. Apa-apa pun… lets settle the things that can be settled. Sakit tetap sakit but tanggung jawab musti ada!!! Hehehe… gula-gula ati ada ngan aku because I need to send her to school. Sewaktu aku berada di office tu, barulah aku sedar…. “payah jugak kalau nak bekerja macam nie. Tadak suara!!!” My sore throat has got so bad. I have no voice at all. That’s why I must see my specialist!

My partner look so serious today… I feel so bad! Aku tau partner too busy right now… but please… please… for once! Memandangkan my condition is getting worse; I don’t care about my feeling at all. The most important thing right now… AKU NAK SIHAT! Aku nak kembali hidup normal macam tahun-tahun sebelum nie. Aku dah setahun menderita because of my asthma ok!!!

Not again! Sekali lagi aku harus admit! Doctor need to examine me. I need to get a consistent treatment for my asthma and also need to see ENT specialist. Suara hilang…. Doktor agak pelik jugak la dengan keadaan aku itu.

Macam biasa…. Nurse cucuk tang sana… cucuk tang sini… Urat lari la… urat bengkak la… macam-macam la aku harus lalui. Tapi dah biasa…. Lalui sahaja! Tahun nie saje… dua kali aku admitted. End of last year ada sekali…. Adakah aku sudah beransur tua? Oh Tidak!!!!

Untuk hari nie… aku kena amik nebulizer ever 4 hrs. And cucuk steroid every 8 hrs…. Sunyi la… sorang-sorang je kat hospital ni…

Aku lelah

By Teep.
23 March 2010

12.40 am

Ok… Panic alarm!!!!! Aku tetiba tak boleh nafas and rasa cam ada benda yang yang menyebabkan nafas aku tak selesa kat tekak aku nie… OMG…. Kenapa ni? Yang sedihnya pulak… my partner cam tak nak layan je keluh kesah aku nie… mana taknya… dalam setahun nie memang banyak kali sangat aku kena attack. So partner dah tak kuasa dah kot…

Ok… sebelum aku jadi biru aku paksa gak partner hantar aku ke panel clinic at section 15. sesampai jer, the nurse bagi aku terus jumpa doctor sebab this is an emergency case! After aku jumpa doctor, the doctor suruh aku amik nebulizer. Ok… after a few minutes ada la rasa ‘ok’ sikit. But still tak berapa nak ok jugak la. At paling teruk lagi… my voice is totally GONE! Apakah ini menandakan aku akan jadi bisu???! Oh tidak!

Aku dapat lagi sehari MC untuk esok… Ya… aku mmg sakit! Aku sakit! Aku sakit! Oh… TIDAK!!!!!

Sangat-sangat tidak memberangsangkan

By Teep.

22 March 2010
22.45

I am unwell since the past few months! I have had wheezing in my chest for the last 4 months? Eh… iye ke? Maybe setahun dah kot! I have a constant wheeze which is not sound good! Batuk jangan cakap la… sampai sakit-sakit badan aku batuk! I think I also have a very bad cough! I'm worried about my health and I’m stress!

Kerja jangan cakap la… banyak yang tak beres because of my MCs…. I know… I must be responsible to my job tapi kan… keadaan kesihatan aku nie sangat-sangat tak mengizinkan buat masa sekarang. Maybe I need to take a leave of absence from work. Meeting tadi pun aku tak bersuara… My Voice is gone!!!!!!!!

So I need I a break! Bukan nak lari dari office’s problem… tapi I must do something untuk mengembalikan kesihatan aku. Kalau sakit macam mana nak perform well kan? Hmmm… aku yakin there is something seriously wrong with my health...

Sunday, March 21, 2010

Demam oh Demam

By Teep.
Tekak sakit, suara ilang, badan sakit2 & rasa cam tak best jek... Oh tidak, itu simptom demam! Aku demam! Semalam reception my adik kat galeri Shah Alam. Panas giler... And sejak semalam dah rasa mcm nak demam. Ptg nie baru amik ubat... Alhamdulillah... Ada kurangnya dah. Esok banyak keje nak kena cover... Semalam n ari nie aku tak berpeluang lagi jenguk PWTC... Ralat sgt... Dgr citer happening giler kat sana! Maybe esok aku nak g jenguk...

Thursday, March 18, 2010

selesai keje utk ari nie....

Alhamdulillah... penantian untuk brainstorming REMAJA telah berakhir... Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang... All the bosses yang attend in this meeting telah memberikan feed back yang sangat menggalakkan untuk REMAJA. Apa yang pasti, my team harus memainkan peranan penting untuk merealisasikan perancangan yang telah di rangka untuk REMAJA.

To Ju & Nizam... welcome to REMAJA... Buat keje elok-elok... Bertuah tau dapat join REMAJA nie. Chewaah...

Hopefully our readers akan lebih bertambah ramai lebih-lebih lagi dengan adanya perubahan BESAR yang bakal REMAJA tampilkan tidak lama lagi!

All the best utk REMAJA and semoga KAMI terus mendapat tempat di hati para pembaca remaja di luar sana.

Paling best, REMAJA still menjadi pilihan No.1 remaja MALAYSIA!

Thanks you all!

update please

Lama sungguh tak up date. Busy... Busy... Busy, tu je alasannya. Mana leh pakai dah alasan tu. Kalau nak diikutkan keje mmg tak bole nak kasik abis. So kenalah bijak curik masa kan? Iye... Saya tahu tu. Cuma kekadang tu mmg suka sgt bagi alasan. Haruslah kan??? Starting frm today, I'll try my best to keep up date my blog... InsyaAllah. Cuma kekerapan utk mengupdate tu je la yg kite takleh nak confirmkan. Anyway... Akan cuba yang terbaik la yer.

Tuesday, December 29, 2009

Finally... Sangkut di SMC


By Teep.

Akhirnya....
3 bulan aku cuba nak hilangkan asthma aku... semalam kena admitted @ SMC... Aku dah tak tahan sangat... Itupun sebab partner yg beriya-iya ajak aku p check up @ hospital.... last month dah p... tapi dia macam tak puas ati sebab aku tak buat x-ray & blood test... sebab masa tu aku p on saturday... specialist clinic cepat tutup & ramai patients masa tu... so tak sempat nak buat x-ray... aku just buat exam asthma yang main sembur-sembur nafas tu je... nak sukat kadar oxigen yang sampai ke peparu aku tu... tak tau aku apa term yg DR gunakan utk test tu...

Aku nie pulak memang jenis cuak gile kalau jumpa dr... so kalau dia kata check macam tu... ha... macam tu je la aku ikut... takde la pulak aku nak request itu & ini... Tapi partner aku punye kepala lain pulak. Selagi boleh di check... macam2 test dia suruh aku buat... aku pulak yg naik takut dibuatnya...

Tapi kali nie... dalam takut2... aku ikutkan jugak... kalau tak ikot... ati aku jugak yg tak tenang... ntah apa2 penyakit la yg aku pikir kan nnt... dah lah berat badan aku turun... 40kg nie... dah macam jerangkung dah aku rasa.

So, semalam... sesampai je aku di SMC Dr Hamidah yang aku selalu jumpa coti la pulak... So partner aku tanya.
Partner: Nak pi DEMC?
Aku: Malas la... Next wekk je la kita jumpa Dr Hamidah. On the 5th dia start keje balik kan?
Partner: Jangan mengada-mengada la... (ada ke patut dia kata aku ngada2.. Aku takut macam nak terberak je nie rasanya)
Aku: Kita refer Dr lain je la... malas la nak buat check up bebnyk kali... kat sini dah ada rekod..
Partner: Ok. Bie tak kesah. Tp kena buat check up ari nie jugak. Kita g makan dulu k...

Dengan tak senang hatinya... aku pun p makan dulu... order je... makannya nye tidak... Takut la di katakan... takde selera tengok makanan. Kerana takut... dari pagi aku tak jamah apa pun. Partner aku pun sampai malas nak layan....

Dalam pukul 2 lebih... aku g semula kat registration counter kat specialist clinic @ SMC tu. Nurse suggest aku jumpa Dr. Sanker... aku tak kisah sebab rekod kesihatan aku dari pregnant sampai sekarang ada kat SMC nie. Punyalah berdebar masa aku nak tunggu turn jumpa Dr.

Tiba time aku... aku tak yah cakap apa pun kat dalam bilik Dr tu... Partner aku yg explain segala-galanya kat Dr tntg masalah kesihatan aku nie... Rupa2nya.. dia ikuti perkembangan batuk aku di malam2 hari... aku pun tak sedar aku batuk teruk memalam. So setelah diperiksa Dr suruh aku buat blood test & x-ray... Lagi la aku berdebar...

Lama juga nak menunggu... sekali lagi jantung aku berdebar-debar menunggu... Alhamdulillah... result ok... Tapi Dr suruh aku buat theraphy memandangkan asthma aku dah 3 bulan tak hilang2. Lantaran itu, terlantarlah aku di SMC nie sekarang...

Sekarang nie... lendir kuar tak hingat punya banyak... setakat nie aku dah buat 4 kali nebulizer... kat tekak tak leh kuar, kat hidung pulak dia nak kuar... ish... sengsara jugak nak baik ni... Tapi aku reda... Mudah-mudahan Allah hilangkan sakit aku nie... Aamin...

Labels:

Monday, October 19, 2009

Mr. Zero


Misi yg direalisasikan

Wednesday, October 14, 2009

Hehe... Akhirnye!!!


Finally... Aku dapat gak... Walaupun ada yang mengatakan aku macam 'belalang'... mak tak kesah.... Asalkan mak rasa mak cantek... udah le. Huhuu... Bila lagi nak memerasankan diri.
Thanks to Fara & Wan kerana sanggup melayan aku di sepanjang proses pemilihan kaca mata hitam paling bergaya untukku...
Aku beli sebab tengah ada sale! Kata Partner aku... 'Beli lah.... Hadiah birthday' (Iye ke dia cakap macam tu or sebenarnya aku yang melafazkan dialog itu ke telinga partner?)
Lepas nie takde la aku nak merengek-rengek lagi mintak mendatang nie. Heheh... Partner aku pun dah tak pening-pening lagi dah....
"Tapi kan Bie, Syg ada gak pekenan ngan satu lagi shade brand Armani... Org tu kata... kalau pakai baju kurung tak sesuai pakai Shade yang syg beli nie. Kalau syg nak yang tu boleh tak?"
Agak2nya apa jawapan partner aku ek?

Labels:

Thursday, October 8, 2009

MCB @ Matrade

Before this aku attend ESQ... Sat & Sun nie pulak teruskan ke step yang seterusnya, MCB... Tapi tak boleh nak citer banyak le sebab tak tau lagi macam mana flow nye. Dengar2 macam best je... Tak sabar nak gie...

BTW... semalam deadline REMAJA... So ari nie baru lega sket.. Semalam agak stress gak... Partner pulak demam... So hambar je la...

Gula2 Ati kena curik ngan mama... Ada open house katanya.. Lewat gak Gula2 Ati balik malam tadik... Ish... anak dara tu... Kul 12.00 tengah malam dia balik.... Balik2 je terus tido... Tak sempat nak berborak... Ari nie tak g school sebab Daddy dia tak larat nak bangun awal... Lagipun hujan lebat pagi tadi... So Gula2 Ati enjoy bercuti di rumah uwannya... hehehe....

Btw.. Uwan aku still berada dalam keadaan yang agak kurang sihat... Ibu terpaksa stay @ Hospital... Ari tu dah bawak balik but her condition agak merisaukan... Sebab tu kena admit balik...

Sebenarnya... lama sangat tak update blog... banyak cerita yang berlaku pada Ramadan & Raya lepas... Nnt senang2... aku bercerita panjang k...