Here is my stories

Its all about me. Actually I love to dream a lot... marry the rich man and so on.I’ve been keeping secrets from my parents, from the person who shares the bed with me every night and also from my friends. I know that i am supposed to be honest but sometimes..there are few things that we should keep it to ourself..to avoid confrontation and probably to please people. So di sinilah bermulanya segala cerita tentang aku. Kalau korang nak share.... Aku tak kesah...

Monday, September 29, 2008

Last min. shopping!


Jam gilerz! We all still redah je... No space for fuc ooppss parking!

Thursday, September 25, 2008

Dah pindah!


Setengah hari ni aku kemas tempat baru! Leceh betul kena pindah2 tempat ni. Pindah aku!

Jadual dah penuh!


Nak coti n blk beraye!

Tuesday, September 23, 2008

Bosan


Let's share the music 2gether. Sangap menyiapkan bebahan yg menimbun! Aku nak coti! Bagilah aku peluang itu wahai boss ku!

20 & 21 September 2008

Saturday....
We bought some of new clothes for gula-gula hatiku! She looked so happy dan semacam mengharap nak lagi nak lagi dan nak lagi.... Sabau ek... nanti kite beli lagi....

First choice... nak berbuka di Pizza Hut... my bedmate kata dah lama sangat tak menikmatinya... Apa kan daya... sejam nak berbuka baru decide nak kuar... so tak merasa la... Kesimpulannya... menikmati hidangan set Nasi Lemak di Uncle Lim's saje... Kenyang le jugak...

Tapi tak habis di situ je... perut nie meronta-ronta nak menikmati chicken curry dari PakLong di Shah Alam Mall... mujurlah ada yang sudi merealisasikan impian aku itu... maka menapau la kami di sana...

Sambil melantak Chicken Curry dengan roti di rumah we all menonton Cerekarama Ihsan... Sedih gak.... berdrama le sekejap... mencari keinsafan agar tak terus derhaka kat mak bapak sendiri mahupun mentua... nampaknya.... my bedmate insap sekejap menonton citer tu... hihihi... "Sya.... esok kite g umah tok ma ye..."

Gula2 hatiku yang baru nak masuk 3 tahun tu pun terpaku nengok muka jenazah berulat kerana derhaka kat mummy & daddy dia... "Orang jahat muka dia ada ulat manyak2 kan..." Semoga jadi insan yang berguna la hendaknya gula2 hatiku ini... Amin.

Sunday....
My bedmate nak g umah mama dia... but i refuse sebab dia tak cakap apa2 dari awal. My family awal2 lagi dah booking i untuk berbuka beramai-ramai di Sec.10... Diorang baru balik dari kampung.

Me: So sorry dear. Lain kali yer... Bie ada call mama cakap nak datang ke?
He: Takde la pulak
Me: Mama ada hal hari nie. Next time k (aku pulak yang memandai)
He: Silent.... (macam tak puas hati jer... tapi ikut jugak)

Kitaorg beli juadah kat sec 13... ala kadar jer... but not bad.... semua yang aku nak ada kecuali siput sedut... lain kali la....


Labels:

22 September 2008

Hari nie adalah hari yang paling sedih buat semua rakan-rakan seperjuangan aku... especiall team R***** batch 2003 till present. Kembalinya adik Rayan menemui Ilahi buat selama-lamanya.
Meskipun kondisi kesihatannya memang tidak stabil, pemergiannya masih dianggap satu kejutan buat semua memandangkan pemergiannya itu adalah berpunca dari penyakit yang datang secara tiba-tiba.
Aku dan rakan-rakan terdekat tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir buatnya, di Batu Pahat, Johor. Semoga anak kecil ini damai di sisi Ilahi... Amin.

Labels:

Monday, September 22, 2008

My shoes


I luv it!

Monday, September 15, 2008

Weekend Yang Sengal

Apa yang mampu aku katakan... memang tersangat-sangat sengal hari Sabtu dan Ahad aku... I was so stress.

Sabtu:

Gula-gula hati aku buat hal... dengan bengangnya aku telah meninggalkan sebuah majlis yang sangat2 mulia tanpa menghiraukan cakap-cakap orang lain. I really don't care what other people gonna say on that time. Yang penting aku tak terlepas laku sehingga menampakkan sikap kekurang ajaran aku kepada pihak-pihak tertentu (in-law aku ada kat situ la pulak).

Buat aku bertambah sengal! My bedmate pulak macam menyimbah minyak pada api yang sedang marak je. Aku bengang la dengan word yang kuar from his mouth. Kalau korang dengar mesti angin satu badan punyalah. Aku malas nak mention the word coz cam membuka pekong di dada la pulak. Durhaka la pulak kan....

Kesimpulannya; Hari Sabtu memang membosankan!

Ahad:
It was miserable! Tak habis hangin lagi nie... Perang dingin. Takde mood nak bercakap. Semuanya membosankan... Korang penah tak rasa macam tak nak cakap dengan sesape? Kalau ada yang cuba bukak mulut ngan korang rasa cam nak maki hamun jer org tu "Woi! Tak Boleh Nengok Orang Senang Ke? Gie Cakap Ngan Orang lain la". Tapi memang tak terkeluar perkataan tu! Because takkan nak cakap cam tu kat in-law kan!

Lupa lak... nasib baik aku ada kawan. Aku berkawan dengan Habiburrahman El Shirazy for the rest of my weekend. Memang power! Sesekali beralih kepada sastera islamic apa salahnya. Bersihkan jiwa! Tapi yang buat aku sakit ati... boleh pulak aku comparekan antara Fahri Abdullah ngan bedmate aku tu. Macam mana tak hangin? Mulalah hati aku panas balik. Tapi apa2 pun 2 thumbs up aku bagi utk buku nie yang berjaya membuatkan aku mengalir air mata membacanya! Best giler!

Labels:

Friday, September 12, 2008

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

How was your day? Mine was marvelous. Woke up at 4.30 am. Bukan aku yang sahur tapi prepare for my bedmate nyer sahur. SAHUR... it is a MUST for him. Tak sambung tido pun. At 7.55am dah terpacak kat depan office. Marvelous....


At 12.00... my friend and i went to Jusco Bkt Tinggi. Takde wat amende pun. Sesaje release tension. Maklumlah, boss tadak today. We went there just foe a while coz @ 12.45pm my friend ada asgmnts. Sangap balik. But it is still Marvelous...


Balik lambat sikit. Off hour end @ 5pm. Tapi sengal la pulak. He arrived @ 6.15pm. Hajat di hati nak balik awal. tapi tak kesampaian. Marvelous...


At 7, sampai @ my sister's house. We all berbuka kat sana. Ada macam2... kenyang sesangat and nie memang really really marvelous.


Rasa macam nak nasik lemak for supper but he buat tak layan. Gua malas nak merengek-rengek. Tak nak layan sudah... nama ko Dollah...... huhuhu! Sangap seh. Sooooooo Marveloussssss!