Here is my stories

Its all about me. Actually I love to dream a lot... marry the rich man and so on.I’ve been keeping secrets from my parents, from the person who shares the bed with me every night and also from my friends. I know that i am supposed to be honest but sometimes..there are few things that we should keep it to ourself..to avoid confrontation and probably to please people. So di sinilah bermulanya segala cerita tentang aku. Kalau korang nak share.... Aku tak kesah...

Saturday, December 27, 2008

Weekend @ JB

Bagi meraikan salah seorang kawan kitaorg... My partner, Gula2 Ati and i went to JB... Bertolak dalam pukul 9.30pm and sampai di JB @ Naza Hotel around 12 am... Sheena and Fariq @ Kechik tumpang we all... Perjalan yang sangat menarik...

Zap agak naik hangin apabila ada diantara rakan-rakannya yang membuat last minute cancellation... Anyway... semuanya berjalan lancara. Joe and Emi menyusul pada keesokkan harinya...

Mood partner i pun kira okay la jugak walaupun pada awalnya dia seolah-olah hangin... Dia tak tau yang aku nie lagi la hangin satu badan... (CUBA ANDA BAYANGKAN DAN NYATAKAN PERASAAN ADA PADA KETIKA ITU) JIKA PASANGAN ANDA...

  1. Balik-balik dari keje je... partner terus suruh anda bersiap-siap dengan menggelabahnya. "Yang... cepat2, bebudak nie nak bertolak pukul 7.30pm tepat." Sedangkan pada ketika itu anda belum plan dan terbayang baju2 apakah yang anda ingin pakai sewaktu dalam percutian dua hari yang dirancangkan itu.
  2. Sedang menggebah packing2 bebarang yang tak tau apa yang hendak dibawa selama percutian dua hari itu... tiba2 bedak padat MAC yang anda sayangi jatuh terhempas dan berkecai di lantai. Berdebu bedak yang asalnya padat itu jadinya... Hancur!
  3. Sedang bersiap-siap lagi, anak anda pula berkata... "Mummy... Aiesya poo poo"
  4. Sedang anda mengasing-asingkan bebaju sambil mengira-ngira berapa helai yang ingin di bawa... partner anda terus mengambil bebaju tersebut dan memasukkannya terus ke dalam bag tergesa-gesa!
  5. Sedang anda bersiap-siap di depan cermin, partner anda munda-mandir di belakang anda. Bagaikan kucing hilang anak.
  6. Sesampai di lokasi berkumpul untuk memulakan convoi sekitar jam 7.45pm, anda dapati ada sebijik kereta sahaja. Sedangkan kereta yang selebihnya (5 kereta lagi . Mengikut perjanjian le) masih belum muncul2. Pada hal janji pukul 7.30 pm mesti ada.
  7. Menjanjikan perjalanan bermula sekitar jam 7.30pm tetapi akhirnya bertolak sekitar jam 9.00malam!

AKU MEMANG HANGIN GILA!!!!!!

Friday, December 26, 2008

Akhirnya.... COTI


Best nye coti sebab...
  • boleh tidur lama
  • suka ati aku nak buat apa

  • boleh menikmati breakfast dengan tenang

  • boleh rest, tidur, santai, rest, tidur, santai, rest, tidur, santai, rest, tidur, santai, rest, tidur, santai, rest tidur santai..... haha..haha....

Tapi coti aku nie betul2 tak bermakna.... sebab aku kena...

  • Bangun pagi

  • Anta product (baju cover yg aku shoot sebelum coti krismas ari tu)

  • Kena pegi bangsar, Midvalley, Bukit Raja...

  • aku Penat... letih..penat...letih...penat....letih...penat...letih...penat...letih... penat...letih...penat...letih....

Untuk mengubat kepenatan... aku makan2 & cineleisure... menikmati the manhattan fish market dan membeli 3 helai tudung di Arzu Midvalley... jiwa terubat... tapi 'pocket berlubang' la pulak! uwwaaaa...!



Thursday, December 25, 2008

Selamat Hari Natal

Ho..Ho...Ho... ari nie lepak santai di rumah... malam esok nak bertolak ke JB. Amin and Yanna bertunang! Mmm.... aku and partner bawak gula2 ati ke Midvalley... Sesaje je... teringin nak makan Laksa... Lepas makan laksa kitaorg balik terus.... Hihihi... takde keje cari keje... Tapi kalau dah bosan sangat tu... macam nie la kita org!

Wednesday, December 24, 2008

Boss... tak nak tambah staff ke?

Semalam shooting fashion i... (aku nye) ari nie fashion ii (mek na nye) la pulak. Makin lama keje makin bertambah... tapi tenaga keje maintain berdua. Tak nak tambah reporter ke? Aku dah letih sesangat nie... Nak maintai quality memang mencabar sebab keje arus dibereskan dengan kadar segera. Waktu dan tenaga kerja terhad.

Kalau tambah orang... aku rasa tak le terbeban macam nie. At least aku tahu merancang keje dengan lebih flexible dan terancang... macam sekarang nie... semuanya kelam kabut...! Tak terkeja aku dibuatnya!

Tuesday, December 23, 2008

Miss u!

Getik la pulak... Tapi nie la yang aku rasa... tetiba rasa rindu. Ish tak baik... tak baik... tak nak melayan perasaan. berdosa!

Hihihi... seronok bila ada perasaan rindu... suka... sayang... rasa macam berbunga-bunga la pulak. Padahal, takde amenda pun...

Penah rasa macam nie masa form 3 (sekejap je)... Form 5 (pun sekejap)... Kat Akademi (adventurous)...

Rupa2nya... banyak memori aku nie!

Monday, December 22, 2008

Jalan2 sambil bekerja

Bukan jalan2 sambil bekerja. Sebenarnya, bekerja sambil berjalan-jalan. Aku kena return bebarang shooting yang aku pinjam ari tu! Meletihkan. Tapi apa nak buat? Terpaksa sebab dah tanggung jawab!

Orang tengok... keje nie macam senang nak menyeronokkan... hakikatnya, hanya Tuhan saje yang tahu! Takde mood nak tulis panjang melebar ari nie!

Sunday, December 21, 2008

LEPAK!

Hari nie... betul2 punya lepak.... Gula2 ati takde... so aku and partner bersenang-lenang la kat umah. Agak2 dah petang sikit... kitaorg ke KJ amik gula2 ati. Then terus balik umah... Lepak lagi... Mmm... hari yang membosankan kalau terlebih lepak nie!

Saturday, December 20, 2008

Boring lagi!

Tak tau nak buat apa la pulak... Mmm... Korang penah tak rasa macam tetiba je nak kembali balik pada zaman dulu2? Aku tetiba la pulak rasa macam nak ulang balik zaman-zaman masa aku darjah 2 dulu. Entah kenapa ntah? seingat aku, takde apa2 yang menarik pun masa aku darjah dua dulu...

Teringat pulak time2 sekolah petang masa tu... Pepagi aku kena g ngaji kat umah ustazah. Umah aku panggil dia nenek je. Mengaji dalam semuka/dua.. aku balik umah... n makan2 pastu siap2 pakai baju sekolah. Dalam pukul 12.00 tgh hari van sekolah dtg umah... Aku gi sekolah naik van masa tu. Kekadang rasa macam rajin nak g sekolah, ada masanya, malas jugak.

Sampai je kat sekolah sempat pulak main2 dengan kengkawan. Masa tu berkomunikasi ngan kengkawan menggunakan kata ganti nama diri "awak - saya or awak - kita"... hihihi... Funny ma!

Main cop-cop tiang.. main getah.. main batu seremban... ha... itu adalah antara permainan-permainan bermusim.. Kalau tiba time main batu seremban tu... Ibu la yang jadi mangsa. Mangsa untuk jahit batu seremban aku tu... isi guna beras or kacang hijau... nak tak nak... ibu terpaksa la melayan rengekkan anaknya nie. Tambahan pulak, aku nie jenis yang kuat memakasa.

Aku ingat2 lupa masa time2 aku Darjah 1 hingga 4 tu. Tapi apa yang pasti... aku hidup dalam satu suasana yang cukup muhibah. Aku geng ngan kengkawan Cina, Sigh & Malayu of coz! Aku penah join tuition muzik tau... Belajar main recorder je pun... Aku join class tu ngan member sekelas. Jacynta, Michelle & Wong Shai Wang (kalau tak silap aku, macam tu la kot eja nama dia). Aku sorang je budak Melayu yang join kelas tu... hihihi....

Aku ada jugak masuk group tarian... Ha, masa tu... takde lagi pikir pasal gang2... Asal rasa2 best je aku joint! Takde kawan yang kenal pun aku tak kesah... asalkan aku enjoy! Mmmm... tu yang best tu masa zaman2 tu! Takde nak segan menyegan pun!

Ari nie kau tengok wayang... Yess Man... ngan paniey, adie, partner & ibu. Gula2 ati kena tinggal kat KJ... Tok Ma dia suruh stay lagi... dari semalam gula2 ati lepak kat KJ... cian kita org... bosan la pulak kalau budak kecik nie takde! TGV kat OU lama tu macam takde org je... Bersenang lenang je kitaorg beli tiket... beli tiket last minute... tak payah nak rebut2 macam kat GSC... selesa la jugak!

Labels: ,

Friday, December 19, 2008

Masih ada bengang!

Walaupun... benda nie cite lama... Tapi aku masih ingat semuanya sampai ke hari nie... Sekali orang sakitkan ati aku.... memang sampai bila2 aku akan ingat... So, nasih engko la! Aku tak suruh pun ko cari pasal dengan aku. Tapi ko buat jugak... Inilah yang perlu ko terima.... So, jangan nak salahkan aku kalau ko rasa rimas ngan aku! Sebab engko yang mulakan dulu!

Labels:

Thursday, December 18, 2008

Yezz celebrate valentine!

Today Yezz buat event bersama 10 couples yang terdiri daripada pembaca setia majalah Yezz... Lebih meriah lagi.. barisan artis seperti ashraf muslim, shery, Dafi, Mila, iqram and Diana Danille pun join event nie jugak... letih memang la letih tapi puas hati... Sebab we all manage to handle this lovely event...


Labels:

Wednesday, December 17, 2008

shooting GAYA & WOW

Ponek den... after shoot dengan model... kena la pulak shooting ngan bebarang such as aksesori dan bebaju... Hai... nie yang nak termuntah nie.... Tapi kalau dah settle keje2 nie memang melegakan... Aku boleh rest and tunggu masa untuk ketuk story jer... Tapi i must make sure yang semua gegambar tu cantik and the most important thing SHARP... Kalau tak... terpaksa la aku reshoot. Ish... nak nangis jadinya kalau kena reshoot. Hangin satu badan. Aku cakap nie sebab penah terjadi! Opss... sebelum tu... kena dry clean apa2 yang patut then kena return products tu pulak!

Ponek tak? den nak nulih nie pun den loteh. Panjang cito....

Labels:

Tuesday, December 16, 2008

Test Shoot

Sebelum readers berposing... we all pun nak merasa casting jugak... hari nie YEZZ mengadakan open casting utk semua readers yang berumur 13-17 thn. First session start 10am till 1 pm then 2.00 till 4pm... Happening and hai poning!

So inilah crews yang terlibat menjayakan casting tu... My boss ada meeting.. so ina and i incharged the casting.. So far so good. Abang Nan... he's a professional makeupartist turun bersama lima org anak muridnya utk touch up para peserta casting tu... Thank you....


Labels:

Monday, December 15, 2008

Collect barang lagi!

Very the penat... collect products for shooting adalah salah satu tugasan yang amat memenatkan untuk aku. Tambahan pula, aku collect barang bukan hanya untuk satu column... Lebih dari lima column yang memerlukan aku bermain dengan bermacam jenis products nie. Kalau dapat kan aku bebarang tu, tak pe la jugak kan. Masalahnya semuanya hanya pinjam. Paling angin and malas nak handle kalau bebarang yang aku pinjam tu rosak. Mmm... menjawab le aku sendiri. Duit aku jugak yang terbang. Pernah gak aku ter rosakkan satu aksesori... entah macam mana, aku gelabah dan terjatuhkan aksesori tu depan2 ownernya, Then pecah la ia. Nak tak nak.... terpaksa la aku beli. Kalau benda tu cantik dan berguna untuk aku tak pe la jugak kan? Masalahnya... benda tu aku just boleh simpan buat azimat jer. Tak pakai pun.

Itulah antara asam garam aku sebagai wartawan majalah YEZZ! Itu baru sikit. Ada lagi beribu-ribu lemon keje yang harus aku laksanakan. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Aamin.

Labels:

Sunday, December 14, 2008

Kawan Lama

  • Aku baru je update FB... hehehe ramai jugak kengkawan yang ada FB nie. Interesting.... dapat contact kengkawan lama. At the same time dapat jugak tau tentang perkembangan ramai orang-orangan.... Hmmm... Ada le beberapa scandal yang aku sungguh terperanjat melihatkan kehidupan bahagia mereka... Tak pe, korang tak payah paham la.... Yang penting aku paham.

    Aku nie ex-student Akademi TV3 batch 99 (DIJ 337). Memang banyak memori kat sana...

    Class Introduction to TV Production adalah class yang paling horror! Pn. Rabiah nye class mmg agak menggerunkan. Setiap kali masuk kelas dia, mesti ada sebiji bola di tangannya... Setelah selesai lecture nye dia akan membaling bola tersebut kepada mana-mana student yang dia nak la... Sekiranya korang menyambut bola tersebut. Ha... Koranglah yang harus menjawab soalan yang ditanyakannya tu. Habis tu? takkan korang nak biarkan bola tu kena kat muka korang kan? So semestinya korang tangkap or tepis kan? Once korang touch the bola... Ha haruslah menjawab soalan2 maut. Basically tentg bab yg dipelajari ari tu la... Jarang budak tido dalam kelas lecturer nie... Nasib baik aku lepas utk subject nie. Bukan apa... ada jugak tau kawan aku yang kena repeat banyak kali utk subject nie... Agak payah sikit la... More to practical... Mencabar beb!

    Mr Tojo pulak ajar editing... sem 1 & 2 aku belajar ngan Mr Tojo ni tau. Tapi bukan sebab repeat paper. Editing nie ada part2 dia... Editing i dan ii... Subject nie kitaorg belajar camne nak gunakan machine editing tu... Payah gak... Tapi kalau dah tau menarik...

    Cik Awan lecturer yang best. Dia ajar aku photography... Jangan main2, aku ada basic photography tau! Kalau korang nak aku amikkan gambar kawin ke or apa2 event la... just give me a call k... (poyo la pulak)... Kelas cik Awan nie memang best sebab dia selalu bawak kitaorg makan angin. Bukan makan angin semata-mata! Kitaotg kena amik gambar la...

    Alamak... tetiba pulak bulu tengkuk aku meremang di pagi2 buta nie... NNT aku sambung lagi la pasal kolej aku tu!

    Oppss... tadi aku pi makan kat Hartamas... ngan memember partner aku la... Sampai kul 3 pagi jugak la we all lepaks sambil berbual-bual mesra...

    enjoy!

Labels:

Friday, December 12, 2008

Masalah Masalah

Kalau takde masalah... bukanlah hidup namanya. Aku pun tak tau apa masalah aku nie sebenarnya. tapi aku tau aku ada masalah. Kenapa ek... Nie yang buat aku tak suka ngan sindrom PMS nie... Rasa mcam nie la yang buat aku tertekan.

Semalam aku pi kelas mengaji... Malam tadi takde mengaji... ustaz bagi ceramah tentang Korban... Hari akhirat.... dan sebagainya... Ustadz juga bercerita tentang ikhlas dan pahala... so far aku rasa macam takut la pulak... Tapi ustadz kata rasa takut tu bagus.... tapi masalah aku sekarang... perasaan takut aku tu sampai leh mengganggu emosi aku sepanjang masa... sometime benda nie buat aku rasa murung, sedih & tak bersemangat. Aku banyak dosa ke? Mungkin kot...

Bila period... aku lagi tertekan... sebab aku tak boleh sembahyang... badan aku tak bersih... jiwa aku pun mulalah rasa tertekan dan tak tenteteram... Aku tak suka dengan rasa2 yang mcm nie...

Nak tulis panjang2 pun aku takde mood. Tak pe ar... nanti aku sambung citer lagi k... nak cari ketenangan sat...

Sunday, December 7, 2008

Boleh layan!


Ari nie aku sangap. Bnyk kali dapat update blog aku ni. Suka ati aku la kan. Aku nengok la cite madagascar. Boleh layan beb. Kelaka gile. Aku suka ngan penguin2 tu. Jahat giler se. Tapi aku br nengok part one. Masa beli ari tu part 2 dh sold out. Tak sabar nk beli yg part 2 nye pulak. Raya2 ni kedai dvd bukak ke? Ari tu aku borong 5 dvd baru. Ada satu yg tak boleh read. So nak pi tuka la nnt. Ok maybe sat g aku update lg. Si gula2 ati ni mintak aku amikkan gambo dia ngan monkey madagascar nie la pulak.

Tragedi


Belajarlah dr bencana sblm nie. 14 banglo ranap sekelip mata akibat rintihan alam yg tak dipedulikan. Dah terhantuk br nak terngadah dah takde gunanya. Aku rasa tragedi Highland tower 15thn dulu lgsg tak di ambil iktibar. Mungkin jugak nie menunjukkan kelemahan pemantauan pihak berwajib dlm memastikan keselamatan pembinaan sesebuah bangunan kat negara kite nie. Apa nak jadi bila nyawa penduduk jd taruhan? Tp nasi dah jadi bubur la pulak. Lepas ni apa lg yg nak ditaruhkan? Sampai bila? Selalunya la kan, dlm tempoh sbln dua sesuatu kejadian atau tragedi berlaku kat m'sia nie pasti ramai yg tampil ambik port. Tp lepas tu, apa jadik? Harap2 pihak berwajib belajar la dr tragedi TANAH RUNTUH nie ek.

Jangan diganggu


'Benda tu' mcm berhantu. If my partner dok meghadap 'benda tu' mmg tak boleh nk dikacau. Kalau aku b'ckp dia akan buat 'dek' je. Bengang jugak, tp aku cuba memahami. Sekurang-kurangnya bila aku sdg mengadap laptop utk update blog atau kusyuk mencari penamat kpd sesebuah novel yg aku baca dia pun agak2nya cuba utk b'sikap memahami. Pasal dia tak kacau2 aku pun. Aku baru download game baru dlm PSP partner aku tu. 7 wonders... Tp aku bole main masa dia tido je... uarghhh, aku tak payah tido ke. Takpe... Nnt aku nak beli PSP aku sendiri... Baru bulat mata sidia. Mesti dia tak sangka yg bini dia nie pun gersang nak main mendatang tu kan? Tp bila la kan?

Borak Borak :-D


Hebat jugak bila sang lelaki bergossip! Hahaha... Once in a while aku n partner mmg suka spend time ngan kengkawan. Tonite we watched transporter 3 @ pyramid. Poning aku nengok movie ni. Tiada yg logic. Then we minum2 @ carlos usj. Ha, masa kat situ la we all b'peluang b'gossip. Interesting coz a lot of things aku bole tau. Cara ni jugak aku leh kenal siapa partner & memember dia tu. So far tiada yg merisaukan aku. But i hate when they start talking about the past actually! Coz aku mmg tak nak ingat tntg past time aku mahupun his past. Itu la aku...

Wednesday, December 3, 2008

Nak cite jugak!

Hahaha... diam tak diam almost 5 years kitaorg kawen... hahaha... kelaka...kelaka.... Kenal dah lama tapi on and off la... Kitaorg penah sekolah sesama sekejap jer... then aku pindah sekolah.. At least kitaorg penah kenal each other. Partner tahu kewujudan aku and begitu jugak ngan aku...

Aku pindah ke bording school.... masa tu la relationship kitaorg terputus... Tapi every 2 years partner aku mesti contact aku. Aku pulak memang jenis yang tak pindah randah and number phone umah pun memang tak penah tukar2 sehingga ke ari nie... Telekom je yg memandai tukarkan nombor tepon aku... Dulu 7 angka sekarang nie mengada-ngada nak 8 angka pulak... So senang la sesiapa nak cari aku.

Penah la jugak salah sorang ex aku track aku menerusi no tepon umah aku tu... Masa tu aku dah masuk college... budak tu call umah... mintak no handphone aku kat org yg angkat tepon rumah aku tu (tak tau la pulak aku sape yg memandai kasik nombor aku masa tu. Tak ibu aku... mesti adik beradik aku le tu).... Tak pasal2 pulak aku gaduh ngan BF aku masa tu. Masa budak tu call aku, aku tengah date la pulak ngan BF aku masa tu. Masak la aku masa tu nak menjernihkan keadaan... (Alamak bukak citer tak sepatutnya pulak)

Berbalik pada citer cari mencari tadik. Aku memang heran... kenapa la every 2 years baru aku and partner akan berhubung. Tapi semuanya secara kebetulan... Partner aku tu pun tak perasan tentang cronology nie.... Biasa la Lelaki... memang macam tu la.... mana nak hingat kan?

Yang lagi kelakar tu... bukannya kitaorg nak maintain berhubung bila dah berpeluang berhubung tu. Dah la contact aku dua tahun sekali... dalam sehari dua je kitaorg berbual... pastu senyap balik...sampailah dua tahun yang akan datang... dia call aku and ulang benda yang sama balik. Mungkin Tuhan just nak kitaorg tau yang masing2 ada lagi kat muka bumi ni kot.

Form 1 kitaorg kenal each other... Mid year form one jugak aku pindah ke bording school. Masa tu start la putus hubungan. Opss.. lupa nak citer... first date kitaorg kat libary Shah Alam tau... (HAHAHAHA.... memang nak tergelak besar bila recall semula). Ha... Masa aku form 3 partner ada call aku balik... pastu masa aku bebaru masuk college dia call sekali lagi... Masa tu maaf la kan... mana boleh layan lebih2. I ada boyfriend lain masa tu (kwang... kwang...kwang...).

Aku start kerje 2 tahun kemudian... Ha... masa tu la bermula semuanya... Selang sebulan aku break off dengan BF yang kat college tu... Aku sambung la pulak ngan partner aku... Maaf... aku ni bukan spisis mudah jatuh cinta... Tetapi aku memang jenis yang tak boleh bersolo-soloan... so masa partner aku tu datang memang tepat la ngan masanya. Lagipun aku dah kenal dia sikit2... handsome pun handsome... Sejuk mata memandang!

Ha... lagi satu yang aku perasan tentang taste aku... All my exs memiliki warna mata dan hidung yang sama (Sumpah aku tak tipu).... Hahaha...

Jangan risau bie... BIE ADALAH YANG PALING HANDSOME dari yang lain2 tu.... (OK... STOP MERAPU)

Hujung tahun 2001 bermulalah cerita antara aku dengan si dia (chewah.....)

Masa tu partner aku nie memang betul2 la gila kat aku... Mula2 tu dia ada cakap yang dia tak nak terburu-buru sangat declare ngan aku. Tapi dia kata dia risau la pulak kalau2 terlambat pulak... Nasib baik dia cepat bertindak.... sebab aku nie memang malas nak buang masa. Kalau kau suka kat aku.... lebih baik kau cakap cepat2.... kalau tak... aku memang akan terus bernakal-nakalan lagi la gamaknya.

Masa Partner nak ajak aku 'bercouple'... partner bawak aku round2 dulu... Masa makan dinner malam tu tak nak pulak dia terus terang. Gelabah la pulak... (Tapi sweet sesangat).

Kelakar se.... Aku tak boleh bagi jawapan dulu... Sebab tak nak la nampak gelojoh sangat kan? Walaupun masa tu aku memang nak cakap je... 'Aku pun suka kat kau la'... Aku balik dengan senyuman yang tak lekang di bibir. (Jiwang karat betul ) Tapi korang perasan tak... Betapa bestnya perasaan bila sedang angau... Best sungguh!!!

Esoknya... dia anta aku kat umah sewa... masa tu aku salam and cium tangan dia... ha... masa tu la automatic aku ngan dia sah sebagai 'couple' (sesapa kacau hak aku memang siaplah kau)

Masa tu aku keje ngan majalah hiburan so aku akui sikap nakal tu memang ada la sikit2... tapi partner aku berjaya mengawal aku. Masa baru2 ngan dia aku penah la hampir terjebak dengan sorang mamat aktor nie... Kalau aku tulis namanya... mesti korang tak sangka. Bukan tu aje.... Nama aku pun akan naik mendadak dalam surat kaba sebagai 'org yang cari publisiti murahan' + meruntuhkan umah tangga org (mamat aktor tu dah kawen dah pun). Tapi benda nie memang aku perlu citer. Sebab benda nie terjadi dalam hidup aku (reality tau)... Benda nie jugak adalah sebahagian daripada rentetan cerita yang perlu aku tulis dalam blog aku. Blog aku... so suka hati aku la kan!

Masa tu bulan posa... aku attend satu event berbuka posa bersama pelakon2 movie ****
Mamat aktor tu nak anto aku balik (Kebetulan masa tu aku masih belum berkenderaan. Baru start keje beb. Bapak gua belum terpikir lagi nak belikan kete tuk gua masa tu). So aku yang malas nak berubut-rebut naik bus nie... setuju aje la... Lagipun aku dah beberapa kali berjumpa ngan mamat aktor tu. So aku yakin la dengan di sikit.

Sampai je kat umah sewa aku... dia kata...

Him: Boleh tak kita gi minum dekat2 sini?
Aku: No hal (aku takde perasaan masa tu... lg pun dia dah antokan aku balik kan? takkan nak bye bye cam tu jer)
Him: Saya suka kat awak la. Awak nie memang taste saya (Aku minum kat Uptown, dekat ngan umah sewa aku. tetiba jer mamat nie berluah-luahan. Menyampah pulak aku masa tu)
Aku: Saya tak kenal awak and awak tak kenal saya. Kita kenal kenal2lah dulu (Dalam ati: Apa hal mamat nie? ko bukan taste aku la. Bila masa aku ada ati kat ko?)
Him: It's ok... take your time... Saya boleh tunggu
Aku: Jom balik... saya ada asgmnt pagi sok (tak tahan aku ngan mamat psiko nie. lebih baik aku bla)

Sesampai kat umah aku terus capai handphone yang sempat aku tinggalkan dalam umah sebelum kuar minum ngan mamat tu. Saje je aku tinggalkan kat umah masa tu. Takut gak kalau2 BF aku call. Memang sah dia call... banyak gila missed call. Aku call back dia kata dia on the way nak jumpa aku. Ada masalah katanya. Panic gak aku... Gelabah la jugak aku nak jawab kenapa aku tak jawab call dia. Nasib baik masalahnya tu takde kena mengena ngan insiden tadi. Dia just nak share family problem dia ngan aku jer... Selamat...

Hai... tu la sebahagian citer yang sempat aku tulis utk ari nie... nnt bila2 ada mood kita citer lagi k....

Tuesday, December 2, 2008

Memori tu!

We all berkesempatan nengok A1 GP ari tu... saje je bawak gula2 ati. Something new for her... Awalnya... memang Gula2 Ati takut... Tapi lama2 dia ok jer... Aku je yang memanjang sumbat telinga... Memang tak tahan ngan deruman enjinya yang membuatkan taik telinga aku macam nak terhambur kuar.

Teringat pulak masa sebelum kawen dulu... Sempat gak la aku and partner nengok F1 kat Sepang. Masa tu tengah zaman bunga2... apa2 pun best... Hehehe... kelakar pulak bila teringat citer dolu2...

Lawak gila.. lebih2 lagi bila teringat perangai gile partner aku masa tu... Serius... dia memang gile... Gile kat aku la... Banyak benda yang kitaorg penah lalui... Kalau citer balik mesti dia nyorok dalam lemari....

Haha.....!






Monday, December 1, 2008

Ami Li Dalam Kenangan....





Pergi buat selamanya... tinggalkan satu kejutan besar utk seluruh Family Mama. Ami Li (Dato' Hj. Razali Ismail) meninggalkan lima orang anak yang kesemuanya lelaki serta seorang isteri (Cik Nor)... Semuanya kehendak Ilahi.... kita yang tinggal setia berdoa semoga rohnya di tempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin... (Al-Fatihah)


Sejurus dapat berita dari Mama Around 7Pm... aku and partner terus bergegas balik umah utk packing. Kami tak bawak Gula2 Ati... sebab Mama and bapak nak tumpang kitaorg... so takut gula2 ati tak selesa pulak.


Around 10pm baru la kitaorg bertolak... Jumpa aunty Ina @ Penchala's Tol... Ujan lebat giler... Around 5am baru sampai... Banjir jugak la kat Merchang... Maklumlah, musim tengkujuh.


Jenazah tiba sama ngan kitaorg. Van jenazah sama2 stuck kat Merchang. Sian Partner tak rest langsung. Boleh dikatakan seharian we all tak tido. sebab Jenazah sampai je kitaorg get ready pulak untuk pengkebumian. Lepas Zohor baru dikebumikan. Hujan agak lebat... Aku dengar cite dan 4 hari hujan tak berhenti kat Batu Buruk tu.


Around 10.45am Agong, Sultan Mizan datang ziarah jenazah.... Suasana memang sedih gila.... Tapi yang pergi tetap akan pergi... dan yang tinggal nie pula perlu meneruskan kehidupan nie....
Melihat persiapan menyambut ketibaan Sultan Mizan, memang agak complicated. Seawal 8am, police traffic dah berlegar2 kat depan umah arwah. Tak lama lepas tu sampai pula dua kerusi Sultan and carpet kuning. Wow... bertuahnya jadi Sultan. Tetamu yang datang jangan cakap la... memang ramai sesangat. Reporters yag buat coverage pun boleh tahan ramai gak. Aku tak larat nak ke kubur. Aku stay kat umah je... lagipun takdak orang nak nengok2kan umah.... Aku temankan bibik ngan mok kat umah and ada la beberapa sepupu yang lain.... Ingatkan dapat la selelap dua... Mmmm Tak merasa. Takkan nak tido pulak kan... Tak manis la pulak.... Kena jaga repo hubby beb... hehehe...

Apa2 pun, pemergian Ami Li memang meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh keluarga My Partner!
Al-Fatihah
Semoga Rohnya di cucuri rahmat & tergolong dalam golongan HambNya yang beriman.
Ameen...