Here is my stories
Its all about me. Actually I love to dream a lot... marry the rich man and so on.I’ve been keeping secrets from my parents, from the person who shares the bed with me every night and also from my friends. I know that i am supposed to be honest but sometimes..there are few things that we should keep it to ourself..to avoid confrontation and probably to please people. So di sinilah bermulanya segala cerita tentang aku. Kalau korang nak share.... Aku tak kesah...
Saturday, November 29, 2008
Thursday, November 27, 2008
Sunday, November 23, 2008
Friday, November 21, 2008
Bayangkanlah...!
Pagi... Masuk office @ 8 am... Macam biasa: Breakfast la dulu kan... Banyak nak guna tenaga ari nie....
- Siapkan satu bahan terlebih dahulu... Aku buat satu bahan utk column yang aku pegang. Kalau tak graphic tadak keje. Kang bising kat aku jugak tu kalau diorang takdak keje!
- Nasib baik dapatkete. Aku pi Midvalley dulu sebab ada asgmnt Where 2 Shop kat Jaya Jusco Midvalley. Pastu gi The Garden... nak kena anto Mafla kat satu butik kat sana.
- Terus ke One Utama pulak... anta dua barang kat sana... Pastu dah masuk waktu lunch... kena la isi perut dulu kan!
- Settle di O.U bergegas pulak ke Damansara Perdana. Dua butik lagi kena pegi. Nampak jambu sedap... singgah sat la utk cuci mulut (walau pun lunch dah lama berlalu)
- Cepat2 teruskan perjalanan ke Pyramid pulak. Pun bertujuan utk return barang
- Subang Parade pun ke singgah jugak. Pun return barang!
- Sebelum balik office kena singgah Jusco Bukit Tinggi! Aku pulangkan satu barang kat sana! Pastu barulah selesai keje aku
- Pukul 5.20pm... sampai office
- Walaupun jam dah pukul 6.30 aku tetap tak balik lagi sebab aku tahu tanggung jawab aku utk masukkan bebahan yang masih belum masuk! Tapi aku manusia biasa... kudrat aku utk hari nie memang dah K.O. Aku dah buat keje se maximum nya! Harap kau mengerti la ek!
Moral of the story: Aku tak mengular langsung2! Aku keluar memang semata-mata utk keje. Kalau tak pulangkan bebrang tu... maka hilanglah kepercayaan orang2 yang bagi aku pinjam bebrang tu! Sebab memang dah tertera dalam surat perjanjian bahawa aku meminjam brg2 tersebut utk satu jangka masa tertentu seperti yg ditetapkan! So how?
Thursday, November 20, 2008
Dengarkanlah!
The whole day... aku duduk dalam studio... 5 models in one session. Photoshoot settle @ 2pm... Penat nye hanya Tuhan je yang tahu...
Sorang model pakai 2 baju... By the time tunggu diorang makeup aku shoot products yang diperlukan... Ish... tak tau la macam mana nak aku gambarkan betapa penatnya. Tapi nak buat macam mana. Nie la keja aku.
- Survey Products
- Sediakan surat loan + Pujuk2 owner boutique agar diorang pinjamkan bajunya untuk aku pakaikan ke model
- Cari models... (boss aku selalu tolong bab nie. Thanks boss!)
- booking make-up artist
- Booking studio + photographer
- Booking company car utk collect products. (Kalau guna kete sendiri tak leh claim duit minyak. Mana boleh tahan Oooo... harga Minyak Melambung-lambung naik sekarang nie)
- Seharian kuar amik products... banyak nak mampos... gua tak tipu korang! Dah tu... bukan satu tempat jer... Banyak tempat tau. Maklumlah... boss nakkan variety! (thanks to my team mate yang yang sangat bertanggung jawab utk bekerjasama)
- Sampai hari dijanjikan... balun shooting jer... penat gak nak layan karenah models and mak models (sometime la)
- Check baju... mana yang kena anto dry clean kenalah aku anta kat kedai 'uncle' (Dobi Milenium atSection 9 Shah Alam) ... haruslah kan... Dah bagi pinjam... pandai2 la nak jaga... Nie pun keje aku jugak! Takde org lain nak bertanggung jawab. Nie semua aku nye responsibility la! Kalau rosak ke reject ke... poket aku la yang rabak sudahnye!
- Amik contact models... nak buat payment pun aku jugak punye keje tu... Nie keje paling muak aku buat! Kekadang tu... payment tak dapat... models keja aku la.. Part nie yang aku malas. Macam aku pulak yang kena bayo diorang tu.
- Pastu barulah mengetuk story setelah pictures dah ready dan selepas di apply pada photo department.
Nielah sebahagian daripada keje2 aku... Nie tak masuk lagi dengan keje jaga PDF dll... Nanti aku sambung citer ek!
Wednesday, November 19, 2008
Bila nak settle down?
Habis shooting fashion kena pungut bebarang utk shooting fashion pulak. Hai bila nak settle nie? Aku penat dah ngan keje2 nie. Article belum sempat nak ketuk... Sebab tu harus keluar pungut bebarang tu... Kalau takde semua tu... macam mana aku nak ketuk story? Tolonglah faham... Hari nie pun dah terkeja-keja....!
Tuesday, November 18, 2008
Salah ke?
Salah ke kalau aku nak bengang or terus sakit hati ngan minah sorang tu? Dah memang hakikatnya hati aku sakit. Yang lagi satu aku kesalkan... bengang tau bila asyik jadi orang tengah. Last last aku pulak yang tersepit. Asyik dok dengar luahan ati orang... Ati aku nie sape pulak yang nak amik tau.
Hari nie fashion 1 dah settle.. Esok Fashion 2 pulak. Tension gak dengan keje aku sekarang. tambahan pulak aku nie bukannya kepala creative. Maybe in writing aku tak bermasalah sangat but bila tiba tang shooting nie aku memang payah sikit nak comment. Tapi nak buat macam mana? Takde orglain yang boleh diharap? Our team is too limited. Serba serbi memang limited! Man power memang takde... Nak tak nak... Aku and sorang lagi team mate aku kena la bergabung tenaga bersama. Boss aku pun kena turun padang gak. What to do? Nie la dilemma kami!
Monday, November 17, 2008
Stress...
Pelan.. Pelan kayuh la beb! Yang asyik menggelabah tak tentu pasal nie apa hal? Aku tahu la apa yang aku kena buat. Duduk diam2 and pantau je la...
Hai macam2 piel org aku dah jumpa. Tapi yang satu nie memang susah sangat aku nak handle. Kang kalau aku sembur sikit... mulalah air mata tu nak bergenang tak tentu pasal. Pastu mulalah nak putus sahabat... putus sedara la... Aku penat la macam nie. Penat nak jaga hati org yang tak reti bahasa macam tu! Ish... sampai masanya nnt... siaplah!!!!
Sunday, November 16, 2008
Thursday, November 13, 2008
Monday, November 10, 2008
FHM disease?
10 NOVEMBER - 12 NOVEMBER @ SJMC
Pepagi lagi dah bawak gula2 ati ke SMC. We all suspect campak... Tapi rupa2nya lebih serius dari tu. Gula2 ati kena Foot, Hand & Mouth disease. Penyakit nie memang popular sekarang. Tapi selalunya dihidapi oleh bebudak yang tinggal kat nursery. Tapi Gula Ati agak kurang bernasib baik. Dr. amik blood test... the test shown virus tu quite high in her blood... need to admitt. Tapi kitaorg mintak keja sama ngan Dr utk keluarkan surat. Sebab kitaorg nak hantar gula2 ati ke SJMC... Insurans nye hal la... Syukur the Doctor berikan kerjasama yang baik.
Gula2 ati kena buat ECO & ECG untuk pemeriksaan lanjut. Cuak jugak la kitaorg bila dengan explanation from the DR. Agak serius jugak disease nie...
Sesampai di SMC... Gula2 ati di masukkan ke ward 458 di quarantine tau... Cian dia. Dr kasi drip sebab dia tak makan2 sejak Sabtu ari tu. Syukur urusan Insurans tak bermasalah walaupun sedikit lembap.
Penyakit nie rupa2nya ada macam2 kategori. Walau apa pun, pemeriksaan details harus dilakukan kepada pesakit (bebudak jer yang kena penyakit nie). Case gula2 ati dah di report ke Kementerian Kesihatan utk tujuan pemantauan dan pemerhatian sebab DR risau kalau2 ada virus baru pulak. Dr Sofiah from SJMC turut contact Dr Hoe from SMC untuk get the details regarding disease nie. Sebab ada perbezaan dari segi rawatan antara SMC and SJMC. Aku ngan partner pun agak pening jugak dengan explanations from both doctor. Maklumlah.... banyak sangat terms yang kitaorg tak berapa nak paham.
Gula2 ati dipantau 48 jam di SJMC sebab itulah procedure yang dikeluarkan oleh kementerian untuk pesakit nie. So aku ngan partner pun terpaksa le tido hospital from 10 Nov to 12 Nov.
Gula2 ati memang fobia ngan hospital sejak dari SMC lagi... Sebab DR amik sample darah dia.... Menjerit la dia... Masa di SJMC lagi la pulak. Siap kena drip lagi tu. Cian ngan dia... tapi nak buat macam mana? Kitaorg nak dia sihat 100% macam biasa semula.
Kerja office aku harus lupakan seketika. Kesihatan gula2 ati is the most important thing now. Biarlah org nak cakap apa... Aku memang tengah risau gila ngan gula2 ati nie... same goes to my partner. We all tak tidur malam jaga gula2 ati. My partner lagi la pulak... dalam demam2 pun... still semangat jaga gula2 ati. Sian jugak tapi nak buat macam mana kan?
Today hari PDF... Tapi aku nak buat macam mana? Apa2 pun... keje memang tak penting dalam keadaan macam nie. GULA2 HATI adalah yang paling paling utama untuk aku! Sorry team mate....
Sunday, November 9, 2008
Bosan...!
Hujan lebat masa kitaorg sampai Shah Alam. Dalam tengah hari jugak la kitaorg sampai. Balik tadi cousin aku yang drive. Partner still demam and Gula2 Ati nye demam dah ok but rashes dia become more worst. Kesian dia... Macam resah semacam je. Aku buat bubur untuk diorg....
Esok my partner nak bawak Gula2 ati ke SMC. Sian kat dia sebab tetiba ulser naik satu mulut. So dia tak boleh nak makan la pulak. Asal masuk benda dalam mulut je... mesti nangis... Cian... Cian... Mummy un tak au nak buat apa.
Cuaca hari nie mendung dan muram. Keadaan mcm nie memang buat mood aku pun kacau. Korang penah tak rasa macam tu. Masa nie la... aku akan rasa, buat apa pun macam ada yang tak kena jer... Urghhh.....! Tekanan!
Malam nie buat bubur lagi. + call McD. Aku teringin makan fries ngan fillet. Yummy... yummy!
Saturday, November 8, 2008
Partner demam
My partner ada seminar @ Sunway hotel... Balik2 tadi dia dah buat muka demam. Sian gak, tapi nak buat macam mana? Tetap kena balik kampung. Kan kita dah janji ngan ibu! Cousin aku nak ikut, so amik dia kat Sunway dulu. But before that makan2 kat KFC 13 dulu. Aku nak drive tapi partner aku kata tak payah. Kalau dia demam, nak moody semacam jer. Memang makan dalam. Aku ni makan ati jer.
Gula2 ati pun demam jugak. Badan dia tetiba naik rashes. Sian dia. Partner aku buat tak layan je... iyelah, dia pun sakit sama. Aku le yang makan ati ngan perangai dua2nya. Sabar2.... ek!
Tanggungjawab as a wife & mummy nie memang berat. Sebab tu la orang tua2 selalu suruh kita berfikir panjang kalau nak step to a new life.... Ingat kawin nie syoknya sangat ke? (itu dialog orang2 tua le) Siapa yang dah alami.... baru tahu langit tu tinggi ke rendah!
Friday, November 7, 2008
Balik kampung!
Today sis anie pi presentation. For 2009 nye planning... Aku and ina kena jaga office... But ibu balik kampung and gula2 ati takde org jaga so terpaksa le angkut ke office... Dia macam boring je. So aku decide bawak dia makan McD at PKNS. 1st time aku bawak minah kechik nie naik cab... Agak jakun pada awalnya. But dia memang good girl. Sejuk perut mummy yang mengandungkannya tu. Aamin....
Just for a half day je aku bawak dia ke office. After lunch anto dia balik and my partner take over. Today macam takdak mood nak keje but i have to coz boss tadak. diorang kan pi presentation and secara kebetulan today final day utk buat corrections. So terpaksa stay kat offce sampai ke petang. Tomorrow nak balik kampung. Ada kenduri doa selamat along (7 months of her pregnancy)....
BFF?
Friends should always be honest, but sometimes that is not easy to do. Aku cuba untuk jadi kawan yang baik tapi kekadang aku macam tak berapa nak boleh jer. Aku memang sesuai duduk sendiri2 kot. Tapi aku cepat bosan. Sometimes aku memerlukan persekitaran yang happening. Aku nie type org macam mana ek?
Ada la kawan aku tu cakap... always telling me to figure out the 'real me'. Hmmm, OK. But how exactly aku kena buat? I know... I know... To really know myself, I must get to know other people. Everyone-even with their annoying personality quirks-is important in making life less boring. Inilah yang paling aku tak tahan dan tak boleh nak buat!
If not for loud, outspoken people, there wouldn't be much leadership and positive change in the world, right? Tapi kekadang org macam tu agak POYO bagi aku!
Likewise, if there were no complex, analytical people, we wouldn't have the fascinating world of science. (Apa yang aku merepek nie labu?) Without free thinking, free spirited people, the world would have less literature, art and music. Please.... berhenti la dari berkata-kata sedemikian.... (tapi otak aku macam nak meluahkan sesuatu nie) Can korang imagine life without any of these things? When korang pay attention to others' personalities (what appeals to you and what doesn't), that can tell you a lot about who you could become.
Susah betul.... Aku nie cepat muak ngan orang tau... Kalau start borak poyo2... and start berdialog macam 'hey you all .... i and my hubby tengah cari ID untuk decorate dining hall rumah baru we all tu... Kalau ada contact bagi la kat I. We dont care about the price as long as benda tu leh siap cepat we all on je" - Hey stop it ok! Aku tahu membezakan macam mana riak wajah ingin mintak tolong dengan riak wajah poyo seolah-olah nak bagi tahu satu dunia yang 'aku dan laki aku dah beli umah baru and kitaorg nak korang tau yang kita org all out nak ubah suai umah tu. Pleaseeeeeeeeeeeeeeee....
So Kesimpulannya... mampukah aku untuk get to know others? Kalau orang ada kepala angin macam mana ek? ha... part tu aku masih tak jumpa solution nye!
Labels: POYO
Thursday, November 6, 2008
So JAHAT!
Aku and partner had lunch together ari nie... so sweet. dah lama tak gitu. Once in a while... harus le... Maklumlah... kalau tak mengada-ngada sesekali tu... macam tak best la pulak. Hmmm... bahagianya...
Huh... citer pasal couple popular nie memang hebat diperkatakan hari nie. Sampai kuar dalam front page newspaper tu. Bila follow kesah mereka tu memang buat ati aku panas menggila. Aku tak suka bila topics semacam tu diperhebatkan. Buatkan aku rasa takut jer. I hate when i feel that way... Aku benci... aku benci... ISH..... GERAMNYA AKU. Emo sket.
Tapi inilah hakikatnya.... Tak kesah la apa si pompuan tu dah buat... tapi LELAKI SUKA AMBIK KESEMPATAN di atas kekurangan pasangannya... ITU MEMANG KENYATAAN.
Kehidupan aku dikelilingi dgan macam2 masalah kekeluargaan. Aku boleh cakap... Org di keliling aku banyak membantu dalam mendewasakan aku. Diorang sume mengajar aku untuk jadi lebih bersedia! AWAS LO!
Sian kat pompuan yang jadi mangsa JANTAN2 TAK GUNA NIE... Tapi kekadang tu Tuhan nak menduga kite. Terus terang aku cakap... aku tak kuat berhadapan dengan dugaan macam nie. Semoga Tuhan menjauhkan kita semua dari segala malapetaka dan apa jua bencana. Ameen.
Aku nak share tips untuk atasi kita dari jadi gila bila berhadapan dengan problem yang semacam nie!
- Minta dia 'BEBASKAN AKU'
- Masa dia tengah nyenyak tido, korang letak mercun betul2 sebelah telinga dia. Bakar bila telah bersedia! (lakukan setiap hari)
- Taruh julap dalam air nescafe dia. (Kalau boleh, tiap2 hari la. Selagi ada permintaan)
- Longgarkan break ketenya! (bila korang dah bosan sangat)
- Kalau nak lebih puas, potong bahagian penting dalam hidupnya hidup2! (bila korang betul2 dah bersedia) hehehe.... sambil tu, buat sikit gelak setan!
Aik... macam mana leh masuk citer yang agak emo nie? Intro tadi dah elok2 berkasih sayang.... Ish... Setan... Setan...
Sedarlah... bahawa setan akan sentiasa menghasut umat manusia. Nau'zubillahi minzalik!
Malam nie ada kelas ngaji... Mana partner aku nie? tak sampai2 lagi. Ini boleh menyebabkan punca pergaduhan nie!
Wednesday, November 5, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Meeting.. meeting & meeting
Tak tau nak buat apa... so lepak kat tempat kat anie sambil membincangkan isu2 next... Wah, boleh tahan berlambak keje next aku... Hangin balik la nanti nie.
Ronie belanja aku n k.ani lunch kat Pak Long... Alhamdulillah... member dah jadi Editor...
hari nie sampai kul 6 lebih kat office.... Ina pulak coti ari nie... cam passed baton la pulak! Semalam aku, ari nie dia pulak... Sis Anie bila lagi? heheh!
Labels: cuti
Monday, November 3, 2008
Hoorey... Aku coti!
Hari ini dalam sejarah.... setelah sekian lama aku tak bercoti santai di rumah. Cadangnya nak bersantai kat umah sendiri and tido2... tapi memandangkan Gula2 Ati tak sehat... My partner kata... lepak saja di rumah ibu... Nanti bertambah tak sihat Gula2 Ati kalau seharian tak makan.... Oh tidak.... Aku tidak sekejam itu!
Aku yang terkinja-kinja nak ke umah ibu... Ingatkan nak tido... tapi Gula2 Ati tak tido2 takkan aku pulak yang nak tido kan... So sia2 sajalah percutian aku ari nie.... Main2 ngan gula2 ati je... Bagi ubat pun masih tak mengantuk... sebaliknya makin bertambah cargas!
Sangat boring ari nie... Aku macam angin ngan partner... tapi macam biasa la... tak tau apa punca nye... Tetiba je rasa sakit ati... kenapa ek? Nak solat la sat... Nak mintak petunjuk!
Sunday, November 2, 2008
Lepak @ santai
Gula2 Ati demam... so kitaorg seharian lepak di rumah... Just kuar makan jer... pastu lepak je kat umah sambil nonton DVD... PS I Love You... Not bad. Sedih aku menghayati citer nie... Ada ke manusia camtu? Nanti korang nengok sendiri la... Kira aku boleh layan la movie tu.
Citer tu memang fucking slow. Kawan aku kata tak se best bukunya. Aku penah baca bukunya lama dulu... Dah lupa. Tapi mungkin betul kot apa kata kawan aku tu... Macam cite Ayat2 Cinta jugak le... Bagi aku baca buku lagi best dari movienya... Nasib baik Heronya hansome... So kira aku boleh layan la jugak nengok movie tu sampai habis.
Kalau dah diadaptasi... lazimnya dia tak follow the book. Normal la tu kan!
Begenang jugak la air mata aku during the whole movie. When you lost hope and thought you would never find someone that fits you, there he came. You feel the days are bright again. You were brought back to life and you live. You are happy again. But then one day, that person is gone. He did not walk away but was forced to go when both of you have so many things to accomplish together. Macam mana korang nak handle sume tu?
That person who brought you sunshine not coming back, not going to sms, not going to call. Aku sendiri tak tau nak jawab apa. Tapi tu semua kerja Tuhan kan.
Na'uzubillah....
Minggu nie tak pi umah MAMA sebab ari Rabu aritu tu Gula2 ati tidur umah mama... memang we all decided bersantai di rumah... Memang ia berjaya direalisasikan...
Saturday, November 1, 2008
Rezeki Masing2
Partner keje ari nie... so aku and gula2 ati decided lepak kat umah ibu... nak breakfast ngan along la sebab dia tido umah ibu sejak semalam. Partner dia out station... sian mak buyong tu... menjalar je kat umah tu...
Breakfast kat restoran Gembira.... Belikan partner nye nasi lemak... ntah apa yang menyebabkan dia suka sangat ngan nasi lemak Gembira tu... Aku puaskan je la permintaannya tu...
Angah and Adi tengah kemaruk berbasikal... hebat sungguh diorg berdua beraktiviti setiap hujung minggu. Partner aku macam berminat jer...
Malam... we all pi umah Zaza and Ijai... Sekali lagi jumpa abg Nuar... hehehe (hanya org tertentu je yang mengerti ngan aku... Shhyy... jangan kecoh2 tau. Partner aku pun tak boleh tau nie). setelah bersosial ngan mak2 & bakal mak orang... Aireen, Anna, Amy, Sheena dan remai lagi la... aku terpaksa mintak diri sebab Gula2 Ati demam la pulak... tetiba badan dia panas. Lagipun dah lewat malam, sian kat Zaza yang dah seharian melayan tetamu. Oh ya... Diorang buat open house + house warming... cantik rumahnya... Bila la pulak giliran aku nie... Inilah yang dinamakan rezeki masing2. Mudah-mudahan Allah bukan pintu rezeki aku & partner agar we all dapat beli sebijik rumah semi D... Ameen...









