Here is my stories

Its all about me. Actually I love to dream a lot... marry the rich man and so on.I’ve been keeping secrets from my parents, from the person who shares the bed with me every night and also from my friends. I know that i am supposed to be honest but sometimes..there are few things that we should keep it to ourself..to avoid confrontation and probably to please people. So di sinilah bermulanya segala cerita tentang aku. Kalau korang nak share.... Aku tak kesah...

Friday, May 29, 2009

MARTABATKAN BAHASA MELAYU!

Sila jawab soalan-soalan ini dalam BAHASA MELAYU sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah:
Individu yang tidak boleh saya bongkar identitinya kerana ia bakal menyinggung perasaan ramai pihak di samping mampu menjadikan saya bahan berita utama untuk siaran muka depan akhbar esok hari. Awas, saya boleh menjadi mangsa amukan teman sekatil saya!

2. Saya sedang mendengar:
Alunan muzik instrumental yang sayup-sayup berkumandang di corong-corong peti suara pejabat.

3. Mungkin saya patut:
Berterus-terang dengan 'dia' ("Kau tau tak yang aku dah menyampah...?")

4. Saya suka :Berjalan-jalan sambil berbelanja tanpa memikirkan berapakah jumlah duit yang tinggal jika saya membeli beg, baju, kasut,Mp3, Laptop, Gelang, rantai, jam, lipstick, itu dan ini....

5. Sahabat-sahabat baik saya :Selalu mengeluarkan kenyataan yang diri mereka terlalu sibuk dengan kerja, kerja dan kerja. Bilakah masanya saya dapat bersua-muka dengan mereka sambil bersenda gurau, makan-makan dan bergelak ketawa tanpa memikirkan KERJA.

6. Saya tak faham :kenapa masih ada orang yang suka JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN dan dalam pada masa yang sama orang tu tak perasan pula yang kain dia sendiri dah rabak! KESIMPULANNYA: FIKIRKANKANLAH TENTANG PERNIAGAAN ANDA SENDIRI (iaitu sebuah kiasan yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris)

7. Saya kehilangan :
seutas gelang tangan bertatahkan berlian yang saya terima sewaktu hari pernikahan saya. Kehilangan gelang itu masih belum dapat dihidu oleh suami saya meskipun kejadian tersebut telah 4 tahun berlalu. Jika dia mengetahui tentang kedudukan yang sebenar. SAYA YAKIN ANDALAH ORANG YANG BERTANGGUNG JAWAB memberitahu perkara ini kepadanya. Nahaslah anda!

8. Ramai yang berkata :
makin lama kerja makin banyak tetapi duit pula makin lama makin sikit.

9. Makna nama saya :
tidak terdapat di dalam mana-mana kamus. Selalunya yang saya jumpa dalam kamus Arab hanyalah nama FARAH, FARHAN atau FARHANAH. DAN bukannya FARHANA.

10. Cinta itu adalah :
perasaan yang sukar nak diluahkan. tapi apa yang saya pernah rasa, kalau ada rasa cinta saya pasti akan sayang dan suka sangat-sangat dengan benda, orang atau perkara yang saya cintai itu!

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Sibuk melipat baju-baju yang dipinjamnya setelah selesai fotografi untuk ruangan fesyen majalah REMAJA.

12. Saya akan cuba :
bersikap selamba dengan orang-orang yang saya tak suka walaupun adakalanya ia sukar untuk dilaksanakan. Kalau dah benci, saya tak boleh nak pura-pura suka! Sebab itulah saya klasifikasikan perkara ini sebagai percubaan kerana saya masih kurang pasti sama ada saya mampu merealisasikannya atau tidak.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
tiada perubahan yang bakal terjadi kerana ia akan menjadi kekal.

14. Telefon bimbit saya :
berjenama sony Ericsson model T650i dan setakat ini, telefon bimbit inilah yang paling lama saya gunakan iaitu 1 tahun, 2 bulan dan 18 hari.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya dapati terlalu sukarnya untuk saya bangkit menuju ke bilik air kerana saya terlalu sayangkan tilam dan bantal saya malah lebih malas lagi jika teman sekatil saya erat merangkul saya.

16. Saya paling meluat apabila :
melihat seseorang berpelakuan menggedik-gedik tanpa sebab. Lazimnya perasaan meluat akan timbul seiiring dengan keinginan untuk melempang indiviidu terbabit.

17. Pesta / Parti adalah :
suasana yang sangat merimaskan bagi suami saya. lantaran menghormati jiwanya itu, maka saya jarang berpeluang untuk meghadiri pesta atau parti.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
kucing. Selain daripada itu saya sukar nak mengatakan comel kerana bagi saya sesuatu makhluk yang bergelar 'comel' itu perlulah jinak dan manja.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sewaktu berada di zaman kolej. Pada waktu itu semuanya seronok dan menggembirakan walaupun pada masa itu saya pernah 'kecewa menongggeng'. Tapi tetap SERONOK!

20. Hari ini :
saya masih di pejabat walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.23 petang. kenyataan ini bukan membawa maksud bahawa saya seorang yang RAJIN, sebaliknya saya bengang kerana menunggu suami yang masih tak kunjung tiba.

21. Malam ini saya akan :
tidur awal kerana semalam saya hanya tidur selama dua jam sahaja. Saya bersengkang mata di pejabat bersama tiga lagi rakan sekerja saya semata-mata untuk menyelesaikan suntingan terakhir majalah REMAJA isu 1 Julai 2009. Pastikan kamu-kamu yang membaca nota ini membeli majalah REMAJA di pasaran - sempat promosi ;)

22. Esok pula saya akan :
cuba untuk bangun lebih awal

23. Saya betul-betul inginkan :
KEKAYAAN dari pelbagai faktor.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
saya perasan jerawat saya di bahagian dahi sudah mula mengecil.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
adalah tempat yang gemar saya kunjungi. Walau bagaimanapun, saya lebih gemar berkunjung ke PUSAT MEMBELI-BELAH berbanding arked permainan.

26. Makanan Barat atau Jepun :
kedua-duanya boleh saya terima.

27. Bilik yang terang atau gelap :
mesti disertakan dengan permaidani, alat pendingin hawa atau kipas. Barulah selesa untuk saya duduk di dalam bilik itu.

28. Makanan segera adalah :
makanan kegemaran suami saya dan bukannya saya.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"OK..." ayat tersebut baru sahaja saya lafazkan kira-kira 5 minit yang lalu kepada suami saya yang baru sahaja menghubungi telefon bimbit saya. Dia menghubungi saya untuk memberitahu kepada saya yang dia telah sampai di hadapan pejabat saya. (Tunggu kejap ya bie... sayang nak selesaikan soalan terakhir ni)

30. Siapa yang anda mahu Tag?
Anda yang dapat membaca nota inilah! Sekian saja persembahan saya.

Monday, May 25, 2009

Walla... Gula2 Hatiku!


Melayan budak nie mmg mendamaikan. Tapi kekadang tu geram la jugak. Budak kan. What do you aspect? Takkan ko nk harapkan 4 yrs old kid tolong ko menaip story. Apa la ko ni fana! Masa umur aku sama cam gula2 ati, aku penah conteng ABC kat dinding umah aku yg masa tu t'letak kat Tmn Kubang Buaya, Kuantan. Aku kena marah teruk ngan ayah. But my Along telah menyelamatkan aku masa tu. Along try bersihkan dinding yang aku conteng ngan marker tu. Walaupun tak 100% bersih. But ok la.... Hehehe...
Teringat pulak kat ayah. Thanks Ayah coz ayah banyak berkorban selama. Anak and ayah... kekadang tu memang ada konflik jugak, especially bila ada family yang bercabang-cabang cam aku nie (oops.. don't want to mention about it). Tapi inilah ketetapan Tuhan kan. Anyway... aku bangga dengan FAMILY yang aku ada nie.
Hari nie... aku diberi mandat utk kembali ke REMAJA. Satu cabaran hebat buat aku. But i must take this opportunity and gunakan kesempatan yang ada nie utk buat yang terbaik... Almost 2 yrs aku kat Yezz! nie. Namapaknya, jodoh aku ngan Yezz! takat nie jer. Sedih beb... tapi nak buat macam mana? Sebagai staff, aku sedia menerima arahan. Jika ini yang terbaik untuk aku. I'll take this as a challenge. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa di sisi aku. Aku yakin, jika aku ingat DIA... DIA pasti akan dekat dengan aku. Allah Maha Besar.
Ya... kalau dulu, aku suka conteng2 dinding umah. Mmm... rupa-rupanya aku nie ada bakat jadi penulis hehehe... Sedar tak sedar, dah lapan tahun aku @ Karangkraf. Banyak pengalaman yang aku dapat. And mulai saat ini jugak tanggung jawab yang aku pikul pun semakin bertambah. Semoga Allah memberkati aku. Aamin.
Ish... takut pun ada. Tapi aku harus laluinya dengan tenang and buat yang terbaik with my new boss.. Brother Richie. Hopefully my new team boleh menerima aku yang suka sangat 'berangin' nie seadanya. And I'll try utk memperbaiki kelemahan diri aku nie secara perlahan. Mana boleh drastically. Itu poyo namanya!
Apa2 pun... Thanks to Ibu, Ayah and my partner coz doakan yang terbaik utk aku selama ini. I luv you all and keep praying for me k! Love u all!

Labels:

Sunday, May 10, 2009

Happy mother's day!


Ada rupa tak. Inilah gula2 hatiku :-*

Saturday, May 9, 2009

New look!


Menggila paneh! So i decided memotong rambut. Ok la... Sekali ngan treatment. Memang berbaloi!

Saturday, May 2, 2009

Tak kena...


Penah tak kowang rasa tak puas ati ngan muka sendiri. Aku rasa mcm ada yg tak kena je... Perlu lakukan sesuatu nie!