
Alhamdulillah... terbina jua sebuah Surau lebih selesa dan luas untuk seluruh warga kerja Kump. Karangkraf dan sykt2 sekutunya yg lain...
Majlis diadakan dengan meriahnya. kehadiri Pak Ary nyata memberi impak yang besar sepanjang majlis berlangsung. Tp buat masa nie belum pasang tirai so still solat di suarau lama... Yang lelaki, tak jadi masalah la kot.
Sebenarnya warga Karangkraf masih deselubungi kesedihan. Kami kehilangan seorang rakan iaitu saudara Hanif Ghani. Kehilangan Allahyarham memang meninggalkan kesan yg amat mendalam buat semua warga KKSB. Beliau menghebuskan nafas terakhir pada 18hb Julai yang lalu setelah dua bulan lebih menderita sakit. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.
Banyak memori aku dengan arwah. Aku pernah jadi wartawan Media Hiburan bersama Arwah. Masa tu aku baru-baru kerja. Aku pun ada join group Broken Angle gak. Nasyid, Menari, Menyanyi... semuanya ada. Kenangan buat aku tu. Masa tu zaman2 muda REMAJA. Single lagi... Arwah la juga yang bercerita tentang perangi BF lama aku. Yang pada masa tu sedang berskandal ngan pelakon 'FS'. Mmm... Memori...
Masa tu di Media Hiburan hanya ada Aku, Kak Shana, and kak Maslina Ismail. Kami bertiga la bunga yang ada kat Media. Jejaka-jejakanya pula terdiri daripada abang Norman, Jebong and Arwah Anif. Banyak kenangan yang pernah aku lalui sepanjang ngan MH. Ada suka dan ada duka...
Ruangan Gempal suka sangat mencaras aku. Yang masa tu baru bercinta... hehehe... Diorang suka kenakan aku ngan 'mamat spec kuning'... Heheh... macam mana la BF aku tu boleh berspec kuning pulak... Kelakar la...
Diam tak diam... dah 8 tahun aku ngan karangkraf... banyak kenangan. Kenangan yang mengajar aku jadi lebih matang.
(Al-Fatihah buat Allahyarham Anif Ghani. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. Amin...)
Labels: Media Hiburan